Aaron-Wooi Yik akui masih belum 'move on'

Aksi beregu badminton lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik (kiri) dan Aaron Chia (kanan) ketika perlawanan menentang pemain Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada perlawanan kelayakan Perodua Malaysia Masters di Axiata Arena Bukit Jalil pada Selasa. - Foto Bernama
Aksi beregu badminton lelaki Malaysia, Soh Wooi Yik (kiri) dan Aaron Chia (kanan) ketika perlawanan menentang pemain Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito pada perlawanan kelayakan Perodua Malaysia Masters di Axiata Arena Bukit Jalil pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

PASANGAN beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui masih belum dapat melupakan kekecewaan tewas pada peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia minggu lalu.

Kedua-duanya berharap masalah tersebut dapat diatasi ketika menentang pasangan Korea, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang sekali gus mampu untuk mencipta keputusan positif di kejohanan Masters Malaysia ini.

“Walaupun menang pada pusingan pertama, tapi kami belum berada dalam prestasi yang terbaik berbanding minggu lepas. Mungkin sebab terlalu fikirkan kekalahan minggu lepas kerana kita main gelanggang yang sama, kondisi sama dan perasaan yang sama.

“Saya harap untuk perlawanan seterusnya kami mampu untuk lupakan berkenaan perkara supaya beraksi lebih baik hari ini,” katanya kepada media selepas perlawanan pada Selasa.

Pada aksi pusingan pertama, pasangan yang kini berada di ranking keenam dunia itu mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-16, 21-19.

Dalam pada itu ketika mengulas berkenaan lawannya di pusingan kedua, Aaron mengakui pasangan veteran Korea itu bukan lawan yang mudah memandangkan mereka pernah bertemu di Terbuka Indonesia sebelum ini.

“Gi-jung-Sa-rang merupakan pemain yang bagus sebab kita pernah lihat mereka main sebelum ini dan pernah lawan di Indonesia.

“Saya akui bukan senang jadi tak boleh pandang rendah dengan kelebihan mereka. Apa-apapun kami akan cuba buat yang terbaik pada perlawanan tersebut,”k atanya.

Sementara itu, bagi beregu perempuan utama negara, Pearly Tan-M Thinaah turut mengakui belum berada dalam prestasi yang terbaik sambil mengakui masih banyak perlu diperbaiki terutama dari segi pergerakan dalam gelanggang.

“Untuk perlawanan hari ini, kami masih belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan. Pergerakan kita agak perlahan dan tak agresif hari ini.

“Saya harap untuk perlawanan seterusnya kita mampu untuk membetulkan kesilapan dan comeback stronger,” katanya.