Tragedi Baling: ATM bina jambatan Bailey

Tinjauan udara menunjukkan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air pada Isnin. - Foto Bernama
Tinjauan udara menunjukkan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air pada Isnin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mengarahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk membina jambatan berkenaan.

"Menteri KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Datuk Seri Mahdzir Khalid hubungi saya semalam, mohon ATM untuk bina Jambatan Bailey.

"RAJD segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin, anggota-anggota RAJD dah turun pagi tadi,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya pada Rabu.

Isnin lepas, kejadian banjir dan fenomena kepala air dilapor di Kampung Iboi, Baling, mengorbankan tiga sekeluarga serta menghanyutkan tujuh rumah. - Bernama