[VIDEO] Cari suspek hingga lubang cacing: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim menunjukkan sampel air yang diambil.
Tuan Ibrahim menunjukkan sampel air yang diambil.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Akan Sekitar (JAS) diarahkan untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa kimia di Lombong Nam Tak di Kampung Semarang, Sepang.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, peristiwa hitam Sg Kim Kim tidak wajar berulang lagi.

"Saya sangat tegas dalam hal ini dan meminta pihak JAS dengan kerjasama polis menyiasat dan mencari suspek hingga ke lubang cacing," katanya.

Menurutnya, sepanjang lapan hari, sebanyak 97 aduan diterima JAS dengan pattern yang hampir sama sekitar lokasi pencemaran itu.

"Saya ikuti komen di Facebook, ramai yang mengadu sakit tekak, sakit dada, loya dan sakit kepala," tulisnya di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, hasil maklumat awam, JAS berjaya menjejaki lokasi sebenar punca pencemaran bau kimia iaitu di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang.

Lombong Nam Tak menjadi lokasi pembuangan sisa bahan buangan terjadual oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Lombong Nam Tak menjadi lokasi pembuangan sisa bahan buangan terjadual oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Lombong Nam Tak ini dianggarkan berkeluasan tapak sekitar 1.3 hektar dan terletak kira-kira 700 meter daripada jajaran Sungai Langat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tuan Ibrahim berkata, terdapat sisa-sisa bekas Intermediate Bulk Container (IBC) telah dipotong yang mana isi kandungannya dialirkan ke sebuah lubang besar.

"Ketua Pengarah JAS Wan Abdul Latiff Wan Jaffar diminta menyelaras satu tindakan segera dengan agensi berkaitan termasuk dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk membersihkan dan mengeluarkan semua buangan dari lokasi kejadian dan dilupuskan di kemudahan yang dilesenkan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat yang menyalurkan aduan, pihak JAS kerana bertindak pantas dan semua agensi yang terlibat," katanya.