Baling Dilanda Banjir

No Image Caption
A
A
A

Tinjauan udara menunjukkan jambatan yang menghubungkan antara Kampung Iboi dan Kampung Masjid

Iboi roboh akibat dibawa arus deras berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sehingga

menyebabkan dilanda banjir petang semalam.

Kejadian ini turut menyebabkan tiga sekeluarga, termasuk seorang wanita hamil empat bulan dipercayai

hilang selepas rumah didiami mereka dihanyutkan arus deras di Kampung Iboi, Kupang.

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa banjir dari empat

buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tunjang Luas di Mukim Kupang serta Kampung Sedim

dan Kampung Jernang di Mukim Bakai.Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Rasidah Kassim

berkata tiga PPS itu ialah Sekolah Kebangsaan Iboi, Sekolah Kebangsaan Syed Sheh dan Sekolah

Menengah Kebangsaan Jerai. - Foto Bernama.

Artikel Disyorkan