Tiga PPS dibuka di Baling

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling sedang melakukan operasi membantu memindahkan mangsa banjir di Baling.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling sedang melakukan operasi membantu memindahkan mangsa banjir di Baling.
A
A
A

BALING - Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Baling bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat pada Isnin.

Bagaimanapun, jumlah mangsa terlibat belum dapat dipastikan berikutan operasi memindahkan mangsa banjir masih berjalan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, setakat jam 9 malam, tiga PPS sudah dibuka membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Iboi, PPS Sheik Sheh dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat pada Isnin.
Antara kawasan yang terjejas akibat banjir kilat pada Isnin.

"Antara kawasan yang terlibat banjir ialah Kampung Iboi di Kampung Tanjung Luas di mukim Kupang, Kampung Sedim dan Kampung Jernang di mukim Bakai.

"Sehingga kini, operasi menyelamat mangsa terperangkap masih giat dijalankan semua agensi penyelamat,"katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua buah kampung di Mukim Kupang dilanda banjir kilat pada petang Isnin selepas hujan lebat kira-kira tiga jam.

Hujan lebat selama tiga jam menyebabkam banjir kilat di Baling pada Isnin.
Hujan lebat selama tiga jam menyebabkam banjir kilat di Baling pada Isnin.

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, hujan lebat sekitar jam 2 petang menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.