Puad persoal sama ada RoS sudah jadi alat politik

Mohd Puad
Mohd Puad
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang masih belum meluluskan permohonan meminda perlembagaan oleh partinya.

Pindaan tersebut tersebut yang diluluskan dengan sebulat suara perwakilan parti pada Perhimpunan Agung Khas UMNO (PAU Khas) Mei lalu itu antara lain membolehkan pemilihan parti diadakan enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU).

“Apakah RoS jabatan paling tidak efisien di Malaysia? Jabatan yang tebal dengan birokrasi dan masih dibelenggu dengan tadbir urus lapuk.

“Kalau permohonan UMNO untuk menangguh pemilihan parti dalam tempoh enam bulan selepas PRU tidak ikut perlembagaan, kenapa permohonan MCA dan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) boleh lulus.

“Apakah RoS alat politik yang hanya memusuhi UMNO kerana menterinya daripada PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). RoS pernah keluar surat mendakwa MKT UMNO berstatus caretaker (penjaga) sahaja,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Untuk rekod, RoS merupakan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Bersatu.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun 2021.

Berdasarkan perkiraan tersebut, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Artikel Berkaitan: