Sila log masuk terlebih dahulu.

Nadal akui sukar lepasi Sonego

Nadal mara ke pusingan 16, Kejohanan Wimbledon 2022. - Foto AFP
Nadal mara ke pusingan 16, Kejohanan Wimbledon 2022. - Foto AFP
A
A
A

BINTANG Sepanyol, Rafael Nadal menyifatkan aksi berdepan pemain Itali, Lorenzo Sonego sebagai aksi paling sukar pernah diharunginya setakat ini di Kejohanan Wimbledon 2022.

Nadal terpaksa mengharungi segala kesukaran itu sebelum berjaya menewaskan Sonego 6-1, 6-2, 6-4 dan sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16.

“Kemenangan ke atas Sonego merupakan aksi terbaik pernah saya pamerkan di Wimbledon 2022 kerana berdepan pemain yang paling sukar untuk ditewaskan.

“Saya terpaksa menggunakan segala pengalaman yang ada sebelum dapat menewaskan Sonego yang dilihat telah bermain dengan cukup baik kali ini.

“Diharapkan momentum kemenangan ini berterusan untuk saya mencatatkan kejayaan pula pada pusingan 16 nanti,” katanya.

Untuk rekod, kejayaan itu menyaksikan Nadal bakal berdepan pemain pilihan ke-21 dari Belanda, Botic van de Zandschulp pada pusingan 16 pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Aksi Nadal dan Zandschulp itu sekali gus mengulangi aksi final Terbuka Perancis bulan lalu yang menyaksikan Nadal menewaskan Zandschulp untuk muncul juara.

Sementara itu, Nadal memohon maaf atas sikap yang ditunjukkan terhadap Sonego setelah tamat aksi pusingan ketiga itu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tindakannya itu adalah berhubung dengan satu insiden yang berlaku di bilik persalinan sebelum itu.

“Saya memohon maaf kepada semua khususnya Sonego atas tindakan saya itu. Saya akan menemuinya segera bagi menyatakan permohonan maaf saya itu,” ujarnya.