Sila log masuk terlebih dahulu.

Nadal mahu beraksi di Wimbledon

Aksi Nadal pada aksi Terbuka Perancis baru-baru ini yang memberikannya gelaran Grand Slam ke-22. - Foto Getty Images
Aksi Nadal pada aksi Terbuka Perancis baru-baru ini yang memberikannya gelaran Grand Slam ke-22. - Foto Getty Images
A
A
A

BIARPUN belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan kaki kirinya, bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal menegaskan dia bakal beraksi di Wimbledon yang dijadualkan berlangsung mulai 27 Jun hingga 10 Julai 2022.

Menurut Nadal, dia kini masih menjalani latihan seperti biasa sebagai persediaan untuk menyertai Wimbledon sekali gus cuba merangkul satu lagi gelaran Grand Slam tahun ini.

"Di sebalik kesakitan, saya masih mampu berlatih dan telah berlatih di sepanjang minggu bagi meningkatkan stamina.

"Selain itu, saya turut melakukan sedikit latihan tambahan untuk mengkaji pemain lawan yang bakal ditemui di Wimbledon nanti.

"Semua ini adalah antara usaha saya untuk merangkul satu lagi gelaran Grand Slam yang mungkin juga menjadi 'penamat' terbaik untuk saya nanti," katanya.

Untuk rekod, Nadal yang baharu sahaja merangkul gelaran Grand Slam ke-22nya setelah muncul juara Terbuka Perancis baru-baru ini kini memburu gelaran Grand Slam ke-23.

Pemain berusia 36 tahun itu berkata, dia mahu memastikan dirinya merangkul sebanyak mungkin kejuaraan sebelum mengumumkan persaraan daripada sukan tenis suatu hari nanti.

Sementara itu Nadal berkata, dia sedang bersiap sedia untuk terbang ke London pada Isnin sebagai persiapan awal bagi menyertai Wimbledon.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia mahu memastikan dirinya melakukan persediaan secukupnya dalam usaha mencatatkan kejayaan pada kejohanan itu nanti.

"Saya kini beransur pulih dan keadaan kaki saya juga semakin baik. Saya sudah boleh berlari dan bergerak dengan pantas tanpa merasai kesakitan.

"Bagi saya, ia merupakan satu perkembangan yang positif dan saya harap ia akan membantu untuk memberikan aksi terbaik pada Wimbledon kali ini," ujarnya.