KPDNHEP digesa pantau peniaga ambil kesempatan

Shaik Faridhudheen
Shaik Faridhudheen
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa bertindak terhadap peniaga yang mengambil kesempatan susulan kenaikan harga barang.

Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) Shaik Faridhudheen Anverdeen berkata, beberapa barangan seperti ayam harus dipantau dengan mengenakan denda kepada peniaga yang menjual melebihi harga siling.

"Permim memandang serius impak kenaikan harga barangan asas kebelakangan ini. Minyak masak, telur ayam serta ayam bersih adalah antara barangan mengalami kenaikan harga secara mendadak.

"Pihak kerajaan serta KPDNHEP perlu memantau kenaikan harga ini dengan lebih agresif serta mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan.

"Harga siling daging ayam juga harus dipantau dengan mengenakan denda kepada peniaga yang menjual melebihi harga siling. Kebajikan penjual juga harus dijaga oleh pihak kerajaan dengan mengenakan harga siling bagi harga borong," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, pengguna pula harus bijak membeli dengan peniaga yang menjual mengikut harga siling ditetapkan.

Artikel Berkaitan: