Keputusan tawaran ke tingkatan enam diumumkan 7 Julai ini

Tangkap layar KPM pada Sabtu.
Tangkap layar KPM pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan enam bagi tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke tingkatan enam tahun 2022 melalui kaedah secara dalam talian.

“Ia boleh dilakukan menerusi aplikasi dalam talian tingkatan enam melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

“Bagi murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kenyataan sama memaklumkan, murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke tingkatan enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 hingga 24 Julai 2022.

Menurutnya, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan enam semester satu akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

“Murid yang tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, murid yang ditawarkan ke tingkatan enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.

“Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022,” katanya.