Sila log masuk terlebih dahulu.

Tular surat sesi perjumpaan isu krisis kekurangan pegawai perubatan

Tangkap layar ciapan @HartalDoktorKontrak di Twitter pada Khamis.
Tangkap layar ciapan @HartalDoktorKontrak di Twitter pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia dikatakan bakal berdepan dengan krisis kekurangan pegawai perubatan pada masa depan.

Pemilik akaun Twitter dengan nama @HartalDoktorKontrak pada Khamis berkongsi tangkap layar isi kandungan surat yang memaklumkan satu sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan akan diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Julai ini.

Menerusi surat itu juga dimaklumkan bahawa Pengurusan Tertinggi HKL mendapati akan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan di hospital tersebut dan Hospital Tunku Azizah (HTA) berikutan pergerakan keluar pegawai perubatan junior daripada HKL bermula 18 Julai 2022.

“Akan berlaku krisis kekurangan pegawai perubatan. Kami dah lama beritahu kalian dan ia akan menjadi bertambah teruk.

“Sebelum ini mereka hampir tidak mempunyai doktor yang mencukupi untuk menampung beban pesakit di HKL dan kini keadaan akan bertambah teruk,” ciapnya.

Surat itu turut memaklumkan bahawa sesi perjumpaan tersebut diadakan bagi membincangkan penyelesaian isu kekurangan pegawai perubatan di hospital berkenaan.

“Perjumpaan akan diadakan pada 1 Julai (Jumaat), jam 3 hingga 5 petang bertempat di Auditorium Utama, HKL,” katanya.

Artikel Berkaitan: