Suami isteri maut kemalangan

Suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jelai ke Bukit Rokan, di sini pada Khamis. - Foto Ihsan pembaca.
Suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jelai ke Bukit Rokan, di sini pada Khamis. - Foto Ihsan pembaca.
A
A
A

TAMPIN - Sepasang suami isteri maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jelai ke Bukit Rokan, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan kira-kira 12.45 tengah hari itu mengakibatkan suami yang berusia 68 tahun dan isterinya berusia 62 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati wanita yang memandu kereta jenis Nissan Grand Livina berusia 50 tahun dalam perjalanan dari arah Jelai ke Bukit Rokan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu wanita tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan, kemudian bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat manakala wanita terbabit telah dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan kerana mengalami kecederaan parah di kaki.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama.