Mohd Nor bukan lagi ahli Amanah

Husam (duduk, tengah)mengadakan sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Gegar di RTC Tunjong, petang tadi.
Husam (duduk, tengah)mengadakan sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Gegar di RTC Tunjong, petang tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Keahlian Mohd Nor Yassin dalam Amanah tergugur secara automatik selepas didapati menjadi calon Bebas dalam PRK DUN Rantau.

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, keahliannya ditarik balik serta merta kerana mengambil tindakan sendiri.

Menurutnya, Amanah tidak mengetahui niat Mohd Nor bertanding, namun beranggapan calon Bebas itu mempunyai sebab tersendiri atau cuba memecahkan undi.

“Jika serah borang penamaan sebagai calon Bebas, beliau bukan lagi ahli kita, tak bolehlah kaitkan dengan Amanah lagi.

“Bukanlah jadi satu kesalahan kerana dalam politik demokrasi sesiapa saja yang mahu bertanding atas tiket Bebas, secara automatik terkeluar daripada parti yang dipegang sebelum ini,” katanya, selepas merasmikan Majlis Penutup Festival Gerakan Belia Kelantan (Gegar) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, hari ini.

Petang tadi, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan media, Mohd Nor bukan lagi menjadi ahli Pas, selepas calon bebas itu menyertai Amanah, 10 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Bebas bukan ahli Pas: Takiyuddin

ARTIKEL BERKAITAN: Calon Bebas sebenarnya ahli Amanah?

Artikel Berkaitan:

PRK DUN Rantau bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, BN dan dua calon Bebas.

Mereka ialah Dr S Streram (PH), Datuk Seri Mohamad Hasan (BN) dan calon bebas Malar Rajaram serta Mohd Nor.

Mengulas lanjut mengenai PRK DUN Rantau, Husam berkata, PH menjadi lebih kuat selepas mencedok pengalaman dari PRK terdahulu.

Pengerusi PH Kelantan ini berkata, PAS juga dilihat cuba meniru PH dengan cuba meraih sokongan kaum lain meskipun sentiasa memainkan sentimen Melayu dalam PRK sebelum ini.

Ini katanya, menunjukkan PH lebih baik kerana bukan sahaja tidak bersekongkol dengan parti kerajaan terdahulu malah bersatu dengan pelbagai kaum bukan semaata-mata pilihan raya.