MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika Chaba

MetMalaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (Chaba) yang dikesan kira-kira 531km ke Tenggara Wenqu, Pulau Hainan, China. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (Chaba) yang dikesan kira-kira 531km ke Tenggara Wenqu, Pulau Hainan, China. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (Chaba) yang dikesan pada Latitud 15.7 Utara dan Longitud 114.1 Timur, kira-kira 531 kilometer (km) ke Tenggara Wenqu, Pulau Hainan, China.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada pagi Khamis memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 65km/j.

Menurut MetMalaysia, jarak lekukan tropika itu dengan bandar terdekat ialah kira-kira 1,025 km ke utara barat laut Kudat, Sabah dan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama