Arab Saudi sambut Aidiladha 9 Julai

Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha bermula 9 Julai ini. - Foto SPA
Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha bermula 9 Julai ini. - Foto SPA
A
A
A

RIYADH - Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha bermula 9 Julai ini selepas anak bulan dapat dilihat di balai cerap Tamir, Arab Saudi, lapor Saudi Press Agency (SPA) yang memetik memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu.

Cuti korban umat Islam selama lima hari jatuh pada bulan Zulhijjah yang bermula pada 30 Jun ini.

Ibadat haji akan bermula pada 6 Julai hingga 10 Julai dengan Hari Arafah jatuh pada 8 Julai, menurut kenyataan Mahkamah Agung.

Umat ​​Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dengan membeli haiwan seperti lembu, unta, biri-biri dan kambing untuk disembelih kemudian diagihkan-agihkan kepada fakir miskin.

Ibadat haji di Mekah pada kebiasaannya disertai oleh jutaan jemaah haji dengan kira-kira 2.5 juta penganut Islam melakukan ibadah tersebut pada tahun 2019.

Bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi telah mengurangkan secara mendadak bilangan jemaah yang dibenarkan untuk melakukan upacara tersebut pada tahun lalu. - Agensi