Satu maut menjelang pilihan raya Ukraine

Kiev turut menuduh pemberontak pro-Rusia menggunakan senjata yang diharamkan dalam pertempuran terbaru di utara Ukraine.
Kiev turut menuduh pemberontak pro-Rusia menggunakan senjata yang diharamkan dalam pertempuran terbaru di utara Ukraine.
A
A
A

KIEV - UKRAINE. Seorang askar Ukraine terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak pro-Rusia sehari sebelum pilihan raya Presiden dijadual berlangsung esok.

Angkatan bersenjata Ukraine dalam satu kenyataan berkata, ketegangan di bahagian timur negara itu meningkat dengan ketara dalam tempoh 24 jam, sambil menuduh pemberontak menggunakan senjata berat yang diharamkan.

Ia menambah, empat anggotanya turut mengalami kecederaan selepas terkena serpihan mortar.

Pihak pemberontak pula tidak mengumumkan sebarang jumlah kematian atau kecederaan di pihak mereka.

Sejak 2014, kira-kira 13,000 orang terbunuh susulan pemberontakan yang disokong Kremlin selepas Rusia merampas Crimea daripada Ukraine.

Kiev dan sekutu Baratnya menuduh Rusia menggerakkan tentera ke sempadan bagi menyemarakkan lagi konflik antara kedua negara.

Moscow bagaimanapun dengan tegas menafikan tuduhan berkenaan.

Pilihan Raya Presiden esok menyaksikan penyandang, Petro Poroshenko dan bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko akan berdepan Volodymyr Zelensky. - AFP

Artikel Berkaitan: