Sri Lanka minta bantuan Qatar atasi krisis tenaga

Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing. - Foto 123rf
Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing. - Foto 123rf
A
A
A

COLOMBO - Sri Lanka telah meminta bantuan Qatar untuk menyalurkan bekalan bahan api semasa negara itu terus menghadapi kesukaran di tengah-tengah krisis pertukaran asing.

Menteri Sumber dan Tenaga, Kanchana Wijesekera pada Selasa telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Qatar Saad Bin Sherida Al Kaabi berhubung bekalan produk petroleum, termasuk gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).

Wijesekera turut mengadakan pertemuan dengan Dana Qatar bagi Pembangunan untuk berbincang mengenai kemudahan kredit yang memungkinkan sebarang urusan pembelian tenaga.

Lawatan ke Qatar itu adalah sebahagian daripada usaha negara itu mencari sumber bekalan bahan api dan pertukaran asing bagi membeli barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.

Sebelum ini, Wijesekera memaklumkan kerajaan Sri Lanka akan membenarkan syarikat dari negara-negara pengeluar minyak memasuki pasaran domestik. - Bernama