Penunggang p-hailing maut langgar belakang lori

Seorang penunggang p-hailing maut setelah melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di KM5.8 Jalan Desa Pinggiran Putra, Serdang pada Selasa.
Seorang penunggang p-hailing maut setelah melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di KM5.8 Jalan Desa Pinggiran Putra, Serdang pada Selasa.
A
A
A

SEPANG - Seorang penunggang p-hailing maut selepas melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 5.8 Jalan Desa Pinggiran Putra di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, berdasarkan siasatan, kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu berlaku ketika lori dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 55 tahun hendak membelok ke kiri untuk masuk lorong menuju ke kandang lembu.

"Bagaimanapun, mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 itu yang datang dari arah belakang lori gagal mengelak dan melanggar bahagian belakang kenderaan itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, mangsa berumur 26 tahun itu mengalami kecederaan parah akibat kejadian dan disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.