MBSA laksana tukar nama Persiaran Tun Arshad Ayub

Pihak MBSA menampal nama Persiaran Tun Arshad Ayub di papan tanda Persiaran Raja Muda, di sini pada Selasa. -Foto: MBSA
Pihak MBSA menampal nama Persiaran Tun Arshad Ayub di papan tanda Persiaran Raja Muda, di sini pada Selasa. -Foto: MBSA
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan kerja penukaran nama nama Persiaran Institut di Seksyen 1, di sini ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub pada Selasa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar nama Persiaran tersebut ditukar bersempena nama Pengarah pertama Institut Teknologi MARA (ITM) yang kini dikenali sebagai sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurutnya, pertukaran nama Persiaran tersebut meliputi jalan sepanjang 1.62 kilometer (km) bermula dari Bulatan Bistari (Seksyen 2 dan Seksyen 3) hingga ke persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7 di sini.

"Pertukaran nama Persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati, disegani dan banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi negara khususnya pembangunan di UiTM," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Baru-baru ini, Sultan Sharafuddin menitahkan nama Persiaran Institut di Seksyen 1, Shah Alam ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.

Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, nama baharu itu diambil bersempena nama Pengarah ITM pertama yang kini dikenali sebagai UiTM.

MBSA menukar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, di sini ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub pada Selasa. -Foto: MBSA
MBSA menukar nama Persiaran Institut di Seksyen 1, di sini ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub pada Selasa. -Foto: MBSA