Konvoi sejauh 420 km untuk sebar mesej antirasuah

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap (tengah) bersama peserta konvoi memulakan perjalanan sempena Program Kedah Free Corruption Ride SPRM Kedah di Pejabat SPRM Kedah, pada Selasa.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap (tengah) bersama peserta konvoi memulakan perjalanan sempena Program Kedah Free Corruption Ride SPRM Kedah di Pejabat SPRM Kedah, pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR – Seramai kira-kira 100 peserta mengharungi perjalanan sejauh 420 kilometer (km) untuk berkonvoi selama tiga hari sambil menyebarkan mesej tolak rasuah kepada masyarakat sempena Program Kedah Free Corruption Ride SPRM Kedah.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, peserta singgah di lima daerah untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan sekali gus menyebarkan kempen antirasuah.

“Konvoi mensasarkan pelbagai golongan termasuk masyarakat setempat bagi memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM.

“Program juga mendedahkan peranan dan fungsi SPRM kepada golongan penjawat awam serta untuk meraih dan mengekalkan sokongan termasuk kerjasama dalam membanteras rasuah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Program Kedah Free Corruption Ride SPRM Kedah di Pejabat SPRM Kedah, pada Selasa.

Konvoi SPRM Kedah itu merupakan anjuran bersama Persatuan Kelab-Kelab Belia (MAYC) dengan kerjasama rakan strategik seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA); Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK); Majlis Daerah Baling; Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Kedah (MOTAC) dan Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACEIO).

Shaharom Nizam berharap program konvoi itu dapat menyalurkan dan mendedahkan maklumat kepada orang ramai supaya tidak sesekali menawarkan rasuah kepada penjawat awam.

“Buat julung kali, SPRM Kedah melaksanakan program seperti ini dan berharap dapat menyebar luas mesej antirasuah kepada masyarakat khususnya di kawasan pedalaman serta luar bandar.

"Saya harap program ini berjaya meningkatkan integriti dalam usaha membantu SPRM memerangi jenayah rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, kerjasama erat dan padu daripada pelbagai pihak sangat diharapkan bagi meningkatkan kejayaan kerajaan untuk menghapuskan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di negara ini," katanya.

Tambah beliau, peserta melawat kampung terpilih untuk kempen anti rasuah selain mempromosikan beberapa lokasi tumpuan pelancong di daerah terlibat.