Sila log masuk terlebih dahulu.

India ingin kukuh kerjasama pertahanan dengan Malaysia

Hishammuddin dan Rajnath Singh telah mengadakan persidangan secara maya pada Isnin. Foto Facebook Hishammuddin Hussein
Hishammuddin dan Rajnath Singh telah mengadakan persidangan secara maya pada Isnin. Foto Facebook Hishammuddin Hussein
A
A
A

NEW DELHI - India sedang berusaha meningkatkan kerjasama dalam bidang ketenteraan dengan Malaysia, menurut Kementerian Pertahanan India.

Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh telah mengadakan persidangan secara maya pada Isnin.

Hishammuddin menerusi ciapannya di Twitter berkata, beliau telah membincangkan kerjasama ketenteraan dan industri pertahanan dengan rakan sejawatannya dari India.

Mesyuarat Kerjasama Pertahanan Malaysia-India (MIDCOM) yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan akan menjadi platform penting bagi mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam bidang pertahanan, menurut kementerian Pertahanan India dalam satu kenyataan.

Singh turut mencadangkan sesi lawatan pegawai kanan dari Malaysia bagi meneroka kemudahan dan produk pertahanan India serta menjemput Hishammuddin mengadakan lawatan 'pada tarikh yang sesuai untuk membincangkan hubungan pertahanan yang lebih erat dan strategik'.

"Menteri Kanan Pertahanan Malaysia memaklumkan terdapat keperluan anggota wanita turut serta dalam misi-misi pengaman.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk melibatkan satu sama lain dalam isu ini.

"Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan keupayaan untuk operasi bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR)," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: