Sila log masuk terlebih dahulu.

Annuar paling aktif 'viral dan share': Mohd Puad

Mohd Puad dan Annuar Musa.
Mohd Puad dan Annuar Musa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Tan Sri Annuar Musa merupakan antara individu yang suka dengan sidang akhbar Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin.

Ini kerana Menteri Komunikasi dan Multimedia itu paling aktif 'viral dan share' laporan media terutamanya portal terhadap sidang akhbar terbabit.

"Suka Annuar Musa dengan sidang media Tajuddin. Dia paling aktif 'viral dan share' laporan media terutamanya portal terhadap sidang media Tajuddin semalam.

"Pada Annuar itu bola tanggung untuk 'smash' UMNO. Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis. Memang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share," tulisnya menerusi muat naik di laman Facebooknya pada Selasa.

Namun menurut Mohd Puad, sidang akhbar oleh Tajuddin itu dianggap seperti masuk bakul angkat sendiri dan banyak putar belit.

"Ramai tahu Tajuddin anjur banyak pertemuan di rumahnya. Kenapa pusing 200 darjah? Dia fobia bila disiasat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Ramai saksi hidup.

"Legasi kepahlawanan Pasir Salak memang hebat. Malangnya saksi hidup Pasir Salak moden cepat cair," tulisnya.

Selepas digugurkan sebagai Ahli MKT UMNO pada Khamis lalu, Tajuddin buat pertama kalinya membuka mulut bagi menjawab persoalan mengenai perkembangan tersebut pada Isnin.

Sebelum itu pada Jumaat, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan pemecatan Tajuddin itu dilakukan kerana sikap pemimpin itu yang didapati mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat MKT UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada Tajuddin untuk bertugas sepenuh masa sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Kekosongan ditinggalkan oleh Tajuddin itu juga telah diisi oleh bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil.