Warga emas maut, dua kereta bertembung

Penumpang kereta Perodua maut dalam satu kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan, petang Ahad.
Penumpang kereta Perodua maut dalam satu kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan, petang Ahad.
A
A
A

PEKAN- Seorang maut manakala empat cedera apabila dua kereta bertembung di Jalan Segamat-Kuantan, petang Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang meninggal dunia, dikenali sebagai Azlina Mohamad, 51, yang beralamat dari Taman Berjaya Permai di sini.

Menurutnya, panggilan berhubung kejadian itu di terima kira-kira 3.47 petang melaporkan kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Perodua Myvi dan Mazda.

“Laporan awal yang diperoleh mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah dan merupakan penumpang daripada Perodua Myvi

“Empat lagi mangsa yang cedera telah diserahkan kepada pegawai perubatan untuk menerima rawatan di hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Zulfadli berkata, mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Sebelum itu, beliau memaklumkan seramai 15 orang daripada Balai Bomba Pekan terlibat dalam operasi mengeluarkan semua mangsa.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan rescue power unit,” ujarnya.