[VIDEO] Dakwa pegawai ponteng, JPM minta tampil buat aduan

Hantaran Facebook JPM pada Sabtu.
Hantaran Facebook JPM pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (JPM) meminta pemilik akaun media sosial yang mendakwa pegawainya ‘ponteng’ ketika berkunjung ke jabatan itu baru-baru ini untuk tampil mengemukakan aduan rasmi.

Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Unit Komunikasi Korporat JPM berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan berhubung perkara itu.

“JPM ingin merujuk kepada video TikTok tular bertajuk yang dipaparkan melalui akaun Tik Tok. Sehingga hari ini tiada sebarang aduan rasmi diterima oleh JPM mengenainya.

“Sehubungan itu pemilik akaun tersebut diminta segera menghubungi JPM melalui emel aduan_ukk@jpm.gov.my atau talian 03-88723430 dengan mengemukakan butiran lanjut kejadian di kaunter JPM seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.

“Maklumat seperti tarikh, masa dan lokasi kejadian sangat diperlukan bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Tambahnya, JPM sentiasa komited dan berusaha menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Sejak Sabtu, tular sebuah video menggunakan akaun yang memaparkan seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika berurusan di beberapa kaunter kerajaan termasuk JPM.

Video berdurasi dua minit 51 saat itu mendapat reaksi pelbagai oleh pengguna media sosial.