Sila log masuk terlebih dahulu.

Anwar gesa PM nyata penegasan isu Kepulauan Riau

 Anwar Ibrahim. - FOTO SINAR HARIAN
Anwar Ibrahim. - FOTO SINAR HARIAN
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar menyatakan penegasan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkait dengan Kepulauan Riau pada Jumaat lalu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau memandang serius pandangan yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Saya menggesa Perdana Menteri untuk menyatakan penegasan segera agar ia tidak berlarutan kerana pandangan tersebut tidak mewakili kerajaan atau rakyat Malaysia.

“Penjelasan ini juga diperlukan bagi mengelak dan menjejaskan hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan Singapura serta Indonesia,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Sabtu.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik Dr Mahathir menyatakan Singapura pernah dimiliki oleh Johor dan negeri berkenaan sepatutnya menuntut Singapura dikembalikan semula kepada Malaysia.

Pada Ahad lalu, media melaporkan, Dr Mahathir menyatakan bahawa bukan hanya Pedra Branca atau Batu Puteh harus dikembalikan, sebaliknya mencadangkan supaya Malaysia menuntut semula Riau dan Singapura.

Menurutnya, ia berikutan Riau dan Singapura adalah sebahagian Tanah Melayu berdasarkan sejarah.

Artikel Berkaitan: