Jambatan Pemberian kini boleh dilalui

Jambatan Pemberian boleh dilalui semua kenderaan hari ini.
Jambatan Pemberian boleh dilalui semua kenderaan hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Jambatan Pemberian merentasi Sungai Lebir yang tenggelam lewat petang semalam boleh dilalui semua kenderaan hari ini.

Bagaimanapun paras air di jambatan yang menghubungkan Kampung Pemberian dan Kampung Manjor masih hampir dengan jambatan berkenaan.

Penduduk, Nahazeli Ibrahim, 53, berkata, setiap kali musim tengkujuh, jambatan besi di kampung berkenaan yang dibina agak rendah kerap tenggelam.

"Walaupun jambatan tenggelam, penduduk kampung boleh keluar dari sini menggunakan perkhidmatan bot tambang disediakan," katanya.

Katanya lagi, penduduk juga boleh menggunakan jalan darat untuk ke kampung sekitar tetapi mengambil masa hampir satu jam keluar ikut Sungai Sam.

Masalah dihadapi lebih 2,000 penduduk dijangka selesai sebaik pembinaan jambatan baharu dengan peruntukan RM40 juta siap kelak.

Artikel Berkaitan: