Brexit: Parlimen Britain tolak lagi

May (berdiri) sekali lagi gagal meraih sokongan Parlimen Britain.
May (berdiri) sekali lagi gagal meraih sokongan Parlimen Britain.
A
A
A

LONDON - BRITAIN. Parlimen Britain, semalam sekali lagi menolak perjanjian Brexit dicapai Perdana Menteri, Theresa May dan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus memberi tamparan ketiga buat pemimpin tersebut selepas beliau gagal meraih sokongan Parlimen walaupun telah membuat tawaran untuk meletak jawatan.

Proses itu menyaksikan 344 undi menolak berbanding 286 menyokong usaha May yang mahu menamatkan kebuntuan politik di negara itu.

Britain dijadualkan meninggalkan EU pada 29 Mac (semalam), namun ia tidak dapat direalisasikan selepas berdepan bantahan banyak pihak hingga memaksa May meminta penangguhan pada minggu lalu.

Beliau kini perlu kembali ke Brussels dan menjelaskan rancangan seterusnya kepada EU.

EU telah menetapkan tarikh akhir pada 12 April yang memberi pilihan Britain keluar dari blok itu tanpa sebarang perjanjian atau bersetuju dengan langkah untuk melanjutkan tempoh bagi memberi laluan kepada pendekatan baharu. - Press TV

Artikel Berkaitan: