PRK Rantau: Guna kereta rasmi bukan satu kesalahan

Sidang media SPR selepas proses penamaan calon PRK DUN Rantau, di sini, hari ini. -Foto Sinar Harian
Sidang media SPR selepas proses penamaan calon PRK DUN Rantau, di sini, hari ini. -Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Penggunaan kenderaan rasmi kerajaan negeri bagi tujuan kempen pilihan raya bukan satu kesalahan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Prof Madya Azmi Sharom berkata, ini kerana kereta tersebut bukan kenderaan jabatan dan boleh digunakan untuk tujuan peribadi.

"Tidak semestinya salah sebab kita kena tengok kereta itu siapa punya. Jika itu kereta rasmi tapi diberi untuk kegunaan seseorang, maka tidak menimbulkan masalah.

"Itu pendirian SPR sendiri. Ada surat pekeliling di mana kereta diberikan kepada seorang individu itu seperti menteri dan sebagainya boleh digunakan untuk tujuan peribadi juga," katanya dalam sidang media selepas proses penamaan calon PRK DUN Rantau, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan beberapa kenderaan rasmi milik kerajaan negeri dilihat berhampiran kawasan penyokong PH berkumpul.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah guna kenderaan rasmi?

Sementara itu, diminta mengulas penggunaan pembesar suara dan sistem audio di kawasan penyokong PH, Azmi berkata, ia menyalahi peraturan sekiranya digunakan dalam jarak 50 meter dari pusat penamaan.

"Sepatutnya tak boleh tapi saya sendiri tak nampak (penggunaannya). Kalau ada orang yang nampak, boleh buat laporan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pagi tadi, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution ketika berucap di hadapan penyokong PH berkata, penggunaan pembesar suara dan sistem audio tidak melanggar peraturan.

"Kita memberi taklimat perarakan calon, tentulah perlukan pembesar suara. Bukannya kita buat ceramah," katanya.