Salah guna kenderaan rasmi?

Kenderaan berwarna hitam jenis Honda Accord diletakkan di laluan penyokong PH berkumpul.-Foto Sinar Harian
Kenderaan berwarna hitam jenis Honda Accord diletakkan di laluan penyokong PH berkumpul.-Foto Sinar Harian
A
A
A

SEREMBAN - Beberapa kenderaan rasmi dipercayai milik Kerajaan Negeri Sembilan dilihat berada berhampiran pusat penamaan calon di SJK (C) Bandar Sri Sendayan sempena PRK DUN Rantau.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati, dua kenderaan berwarna hitam jenis Honda Accord tersebut diletakkan di laluan penyokong PH berkumpul.

Kedua-dua kenderaan berkenaan menggunakan lambang Timbalan Speaker Dewan Negeri Sembilan dan Exco Kerajaan Negeri.

Difahamkan, kereta rasmi Speaker Dewan Negeri Sembilan turut kelihatan di lokasi sama.

Sinar Harian sedang mendapatkan penjelasan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada penggunaan kenderaan rasmi tersebut boleh digunakan bagi tujuan kempen.

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, menteri boleh menggunakan kenderaan dan pemandu kerajaan dalam kempen politik jika fungsinya untuk kawalan keselamatan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: SPR mahu isu guna aset kerajaan dibawa ke SPRM

Artikel Berkaitan: