X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Musang king harga mampu milik antara tarikan Penang FAMA Fest 2022

Durian musang king dijual dengan harga RM30 hingga RM35 sekilogram di Penang FAMA Fest 2022.
A
A

SEBERANG JAYA - Peminat raja buah boleh menikmati durian musang king dengan harga mampu milik iaitu RM35 sekilogram yang dijual di Penang FAMA Fest 2022 di tapak parkir pasar raya Lotus's Seberang Jaya.

Program yang berlangsung selama lima hari bermula Rabu lepas itu turut menawarkan jualan buah-buahan bermusim RM30 bagi setalam di laman durian yang disediakan.

Selain itu, komponen yang menjadi tarikan utama adalah empayar makanan popular dari seluruh negara, jualan orkid dan keladi viral serta pelbagai aktiviti lain.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, penganjuran Penang FAMA Fest 2022 itu antara usaha pemulihan dan merancakkan semula ekonomi tempatan yang pasti dinanti-nantikan ramai terutama oleh para usahawan.

Menurutnya, pengunjung ditawarkan pelbagai pilihan produk agromakanan yang boleh didapati menerusi Jualan My Rakyat dan Jualan Terus Dari Ladang dengan penawaran penjimatan 10 peratus dari pasar-pasar awam berdekatan.

Ahmad (kanan) ketika meninjau gerai jualan di Penang FAMA Fest 2022 pada Khamis.
Ahmad (kanan) ketika meninjau gerai jualan di Penang FAMA Fest 2022 pada Khamis.

“FAMA membawa usahawan-usahawan tempatan dengan menawarkan produk dengan harga yang berpatutan seperti Jualan Durian Musang King antara RM30 hingga RM35 sekilogram dan juga RM30 bagi setalam buah-buahan tempatan, bertepatan dengan Kempen Lebihkan Makan Buah-buahan Tempatan.

"Penyediaan platform jualan ini harus direbut oleh usahawan tempatan bagi membantu memasarkan produk dan menambah pendapatan selepas peralihan endemik dimana pelbagai aktiviti promosi dijalankan pada program tersebut sekali gus memberi manfaat kepada pelanggan yang hadir dan pelanggan yang membeli melalui platform Agrobazaar Online akan menyediakan RM20 ribu baucar pembelian dalam talian,"katanya.

Beliau berkata demikan selepas melancarkan Penang FAMA Fest 2022 di sini, pada Khamis.

Selain laman durian, antara tarikan utama lain yang boleh didapati di Penang FAMA Fest 2022 seperti empayar makanan yang membawakan pelbagai menu makanan popular serata negeri seperti Udang Sanggol Perlis, Teh Ais Lembah Bujang, Beriani Buluh, Patin Tempoyak, sambal hitam dan lain-lain.

Seramai 130 orang usahawan tani diberikan ruang untuk memasarkan hasil pertanian mereka pada program kali ini dengan 11 kluster serta 84 lot usahawan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!