X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Malaysia lonjak ke ranking 147

Malaysia kini berada di ranking 147 dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada Khamis.
A
A

MALAYSIA melonjak tujuh anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-147 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang dikeluarkan pada Khamis.

Skuad kendalian Kim Pan-gon yang sebelum ini berada di kedudukan ke-154 berjaya memperbaiki kedudukan hasil keputusan positif diraih skuad kebangsaan dalam beberapa aksi perlawanan persahabatan dan kempen kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini menyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.

Berdasarkan kedudukan terbaharu itu juga, Harimau Malaya kini berada di kedudukan ke-26 dalam kalangan negara Asia dan keempat di Asia Tenggara di belakang Vietnam (97), Thailand (111) serta Filipina (134).

Untuk rekod, pasukan Malaysia kini mengumpul 1057.59 mata keseluruhan sekali gus menyaksikan penambahan 22.53 mata berbanding sebelum ini.

Bagi kedudukan keseluruhan, Brazil kekal sebagai pasukan nombor satu dunia dengan mengumpul 1837.56 mata, sementara Belgium di tangga kedua (1821.92) dan Argentina ketiga (1770.65).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!