Tiga kilang proses e-waste tanpa kelulusan ditahan

JAS Selangor menghentikan operasi tiga buah kilang yang memproses e-waste tanpa kelulusan.
JAS Selangor menghentikan operasi tiga buah kilang yang memproses e-waste tanpa kelulusan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Tiga buah kilang yang memproses komponen-komponen sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ditahan kerana beroperasi tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

JAS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan tindakan itu diambil menerusi satu operasi yang dijalankan oleh pihak terbabit pada Selasa.

Menurutnya, operasi pemprosesan 'e-waste' berkenaan gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Beberapa pekerja asing sedang meleraikan komponen-komponen sisa elektrik dan elektronik ditemui ketika operasi dijalankan oleh penguatkuasa JAS Selangor.
Beberapa pekerja asing sedang meleraikan komponen-komponen sisa elektrik dan elektronik ditemui ketika operasi dijalankan oleh penguatkuasa JAS Selangor.

"Operasi serentak yang dijalankan pegawai penguatkuasa JAS menemui beberapa pekerja asing sedang meleraikan komponen-komponen sisa elektrik dan elektronik yang disyaki diperoleh dari luar negara secara tidak sah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 34B, 34A, 18 dan 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang berkaitan," katanya pada Khamis.