[VIDEO] Patah kaki elak babi melintas

Mangsa patah kaki kanan selepas tidak sempat mengelak babi melintas.
Mangsa patah kaki kanan selepas tidak sempat mengelak babi melintas.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki patah kaki kanan selepas motosikal yang ditunggang terlanggar babi di kilometer 121.0 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) berhampiran susur keluar Bertam di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, mangsa berusia 43 tahun yang bekerja kilang di Perai datang dari arah Sungai Dua menuju ke Sungai Petani.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian seekor babi dilihat melintas jalan dan mangsa dikatakan tidak sempat mengelak sebelum merempuh haiwan liar berkenaan.

"Akibat kejadian itu, mangsa terpelanting ke atas jalan raya dan patah kaki kanan selain motosikalnya turut rosak.

"Mangsa kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Sungai Petani dan dilaporkan stabil,"katanya.

Pada Rabu tular video kemalangan yang membabitkan mangsa dengan seekor babi di laman sosial.

Rata-rata warganet menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa selain ada yang menggesa pihak pengendali lebuh raya memastikan tahap keselamatan laluan itu agar haiwan liar tidak bolos sekaligus membahayakan pengguna.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!