Maut selepas empat hari bertarung nyawa

Keadaan kenderaan dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu.
Keadaan kenderaan dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 18.9 Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, di sini, Ahad lalu, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan seorang mangsa berusia 29 tahun itu telah meninggal dunia di wad kecemasan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada jam 3.58 pagi.

"Mangsa memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas pada jam 3.29 pagi, Ahad.

"Mangsa kemudian dihantar ke pusat perubatan itu dan telah dimasukkan ke zon kecemasan bagi mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada Rabu semasa menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa ditalian 019-3318339 bagi membantu siasatan," ujarnya.