Hujan lebat, longkang tersumbat punca rumah dinaiki air

Hujan lebat berterusan dan longkang tersumbat punca lima buah rumah dinaiki air. Foto Bomba
Hujan lebat berterusan dan longkang tersumbat punca lima buah rumah dinaiki air. Foto Bomba
A
A
A

KUALA LANGAT - Lima buah rumah di Jalan Perepat, Teluk Panglima Garang dinaiki air sedalam 0.30 meter berikutan hujan lebat berterusan di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, selain hujan, keadaan longkang yang tersumbat juga dipercayai punca kenaikan air.

"Sebuah jentera bersama enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba Teluk Panglima Garang dikerahkan sejurus menerima panggilan pada jam 10.24 pagi.

"Banjir melibatkan lima buah rumah dan 10 orang mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan buat masa ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.