Sembilan jururawat hamil serentak

Kesemua mereka dijangka melahirkan bayi masing-masing dalam tempoh empat bulan akan datang.
Kesemua mereka dijangka melahirkan bayi masing-masing dalam tempoh empat bulan akan datang.
A
A
A

PORTLAND - AMERIKA SYARIKAT. Sembilan jururawat di unit bersalin sebuah hospital Maine hamil secara serentak dan bakal melahirkan dalam tempoh empat bulan akan datang.

Kisah mereka menjadi tular selepas salah seorang jururawat terbabit, Brittney Vervilee memuat naik gambar lapan rakannya di luar unit mereka sambil memegang kad tertera tarikh kelahiran bayi masing-masing.

Carol Sakala yang mengendalikan program kesihatan ibu bersalin di Perkongsian untuk Wanita dan Keluarga Kebangsaan berkata, mungkin tiada penjelasan saintifik tentang insiden hamil beramai-ramai itu.

"Saya tidak tahu sebarang sebab biologi untuk ini. Kadangkala ia kerana wanita dan rakannya berasa seronok untuk merasai pengalaman itu secara bersama," ujarnya.

Susulan itu, beberapa pihak mula mempersoalkan tentang giliran syif di unit itu apabila kesemua jururawat terbabit cuti bersalin.

Hospital itu bagaimanapun menjelaskan terdapat 80 jururawat di unit terbabit dan mereka tidak akan berdepan masalah kekurangan staf.

Tahun lalu, 16 jururawat di hospital Arizona di unit jagaan rapi (ICU) dilaporkan turut hamil serentak. - The Washington Post

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!