Club Atlético Rosario Central pertaruh aura Tevez

Tevez
Tevez
A
A
A

BEKAS penyerang Argentina, Carlos Tevez dilantik sebagai pengendali Club Atlético Rosario Central, kata kelab Divisyen Primera Argentina itu.

Bekas pemain Manchester United, Manchester City dan Juventus itu menandatangani kontrak selama 12 bulan dengan Canalla dalam percubaan pertamanya mengendalikan pasukan senior.

Tevez yang berusia 38 tahun bersara pada tahun 2021 selepas mengakhiri percubaan ketiganya bersama Boca Juniors, kelab tempat dia memulakan karier senior 20 tahun sebelum ini.

Dia membuat penampilan sulung antarabangsa untuk Argentina pada 2004 menentang Ecuador, memperoleh 76 kaps dan menjaringkan 13 gol.

Untuk rekod Club Atlético Rosario Central mengakhiri saingan di kedudukan ke-16 liga dalam kalangan 26 pasukan selepas mengharungi 25 perlawanan apabila mengumpul 32 mata hasil sembilan kemenangan, lima seri dan 11 tewas, menjaringkan 39 gol serta bolos 41 gol.