Bekalan air di Petaling pulih sepenuhnya jam 9 pagi esok

Kerja penyenggaraan dan penambahbaikan di Kolam Air Bukit Dengkil dijalankan pada petang Selasa.
Kerja penyenggaraan dan penambahbaikan di Kolam Air Bukit Dengkil dijalankan pada petang Selasa.
A
A
A
SHAH ALAM - Pelaksanaan kerja penyenggaraan dan penambahbaikan di Kolam Air Bukit Dengkil mencapai tahap 39 peratus setakat jam 3 petang Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, bekalan air dijangka diterima secara berperingkat kepada pengguna.

"Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan dan sistem bekalan air distabilkan," kata kenyataan itu di Facebook Air Selangor pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, gangguan bekalan air berjadual di 47 kawasan dalam Wilayah Petaling bermula pada Selasa jam 9 pagi.

Gangguan bekalan itu berlaku bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.