Dua remaja dikhuatiri lemas, empat selamat

Dua remaja dikhuatiri lemas manakala empat lagi rakan mereka selamat ketika mandi sungai di Kampung Pogunon, di sini, pada Sabtu. - Gambar hiasan
Dua remaja dikhuatiri lemas manakala empat lagi rakan mereka selamat ketika mandi sungai di Kampung Pogunon, di sini, pada Sabtu. - Gambar hiasan
A
A
A

PENAMPANG - Dua remaja dikhuatiri lemas manakala empat lagi rakan mereka selamat ketika mandi sungai di Kampung Pogunon, di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, kesemua remaja lelaki berusia 17 tahun dikenali sebagai Harold Walter dan Tomansi Olaf dilaporkan hanyut manakala Jeremiah Maxwell, Constant Felix, Jameson Johnwai serta Bryan Lee berjaya diselamatkan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, seramai 11 anggota bomba dikejar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Menurut maklumat terdapat enam mangsa, dua dipercayai lemas manakala empat lagi masih terperangkap di sungai ketika melakukan aktiviti mandi sungai bersama-sama.

"Operasi menyelamatkan semua mangsa segera dilakukan. Empat yang terperangkap di sungai berjaya diselamatkan pasukan bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan namun dua lagi yang dipercayai hanyut belum ditemui," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Ahad.

Katanya lagi, operasi ditangguhkan pada jam 10.48 malam dan pencarian disambung bermula jam 6.25 pagi Ahad.