Terbuka Indonesia: Cabaran Aaron-Wooi Yik berakhir di separuh akhir

Aaron-Wooi Yik. - Foto Badminton Photo
Aaron-Wooi Yik. - Foto Badminton Photo
A
A
A

PERJALANAN beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terhenti di separuh akhir Terbuka Indonesia apabila tewas kepada pasangan dari China, Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam perlawanan di Stadium Istora, Senayan, Jakarta pada Sabtu.

Tampil sebagai pilihan kelima kejohanan, Aaron-Wooi Yik ternyata memberikan tentangan sengit kepada Yu Chen-Xuan Yi, sebelum kalah 18-21 kepada lawan pada set pertama.

Pada set kedua, beberapa kesilapan mudah dilakukan Aaron-Wooi Yik yang berstatus beregu di ranking ketujuh dunia menyaksikan Yu Chen-Xuan Yi memanfaatkan penuh peluang untuk kemenangan 21-13 dalam masa 38 minit.

Kekalahan Aaron-Wooi Yik menyaksikan pasangan ranking nombor tujuh dunia tersebut gagal mengubati kekecewaan di venue sama apabila disingkirkan pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam kejuaraan Masters Indonesia.

Dalam aksi suku akhir itu, Aaron-Wooi Yik bermula garang menang set pertama 21-16 bagaimanapun gagal mengekang kebangkitan lawan di set kedua apabila tewas 13-21 sebelum mengakhiri cabaran di set penentuan dengan kekalahan 21-17 dalam masa 49 minit.