Adibah Noor meninggal dunia

Adibah Noor
Adibah Noor
A
A
A

SHAH ALAM - Penyanyi bersuara lunak, Adibah Noor dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Difahamkan jenazah masih berada di hospital berkenaan dan akan dibawa pulang ke rumah bapanya di Keramat Permai selepas segala urusan selesai.

Menurut sumber rapat, arwah sudah lama menghidap kanser, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Berita dukacita itu turut dikongsikan menerusi hantaran di Facebook kenalan artis iaitu pelakon, Datin Emylia Rosnaida pada jam 8 malam.

“Allahuakbar sedihnya, terkejut dapat berita ni. Sahabat kita yang versatile Adibah Noor @adibahnoormohdomar, baru sahaja meninggal dunia," katanya.