Curi barangan kemas RM4.1 juta dalam tempoh 60 saat

Beberapa perompak merompak barangan kemas di kedai Virani Jewellers di Iselin di Middlesex County, New York pada Jumaat lalu. - Foto Virani
Beberapa perompak merompak barangan kemas di kedai Virani Jewellers di Iselin di Middlesex County, New York pada Jumaat lalu. - Foto Virani
A
A
A

NEW YORK - Sebuah kamera keselamatan menunjukkan sekumpulan lelaki bersenjata mengerumuni sebuah kedai barang kemas di New Jersey dan melarikan barangan kemas bernilai lebih daripada AS$1 juta (RM4.1 juta) dalam tempoh kira-kira 60 saat pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, kira-kira lapan perompak bertopeng berpakaian hoodie dan gelap dilihat menyerbu masuk ke dalam sebuah kedai barangan kemas, Virani Jewellers di Iselin di Middlesex County, New York.

Salah seorang daripada mereka melompat di atas ruangan pameran sambil yang lain menjerit meminta para pekerja supaya tunduk ke bawah lantai.

Salah seorang suspek mengacukan pistol ke arah seorang pekerja yang duduk berhampiran pintu masuk dan menyerangnya sebelum lelaki itu jatuh ke lantai.

Penjenayah-penjenayah lain lain mula bekerja menggunakan tukul untuk memecahkan bekas pameran dan mengisi beg penuh dengan barangan kemas ketika seorang wanita terbaring di atas lantai tanpa bergerak, menurut rakaman video itu.

Menurut stesen penyiaran ABC, orang ramai diminta menghubungpi Jabatan Polis Woodbury jika mempunyai sebarang maklumat tentang rompakan tersebut. - Agensi