Sila log masuk terlebih dahulu.

MPAJ sita pasu bunga digunakan cop parkir

Antara barangan yang disita menerusi ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.
Antara barangan yang disita menerusi ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Pasu bunga, kerusi dan kon merupakan antara barangan disita oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi ops sitaan halangan yang diadakan pada Rabu.

Barangan terbabit dipercayai digunakan sebagai 'penanda' cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.

MPAJ menerusi kemas kini di Facebook rasminya berkata, operasi sitaan halangan di tempat awam dan jalan awam tersebut dilakukan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penguatkuasa serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPAJ.

"Operasi diadakan di rumah pangsa kos rendah 420, Bandar Baru Ampang dan rumah pangsa kos rendah Taman Bakti, Taman Cempaka itu berikutan aduan orang ramai,"

"Orang awam boleh mengemukakan sebarang aduan melalui http://aduan.mpaj.gov.my atau saluran nombor WhatsApp 019-266 8100," menurut kenyataan itu.

Anggota penguat kuasa MPAJ mengalih dan menyita kon yang digunakan penduduk dalam ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.
Anggota penguat kuasa MPAJ mengalih dan menyita kon yang digunakan penduduk dalam ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.

Kemas kini tersebut mendapat maklum balas positif daripada netizen antaranya daripada Wan Aini Nordin yang meninggalkan komen ringkas, terbaik.

Pemilik akaun John John turut memuji usaha MPAJ itu dan berharap usaha itu dapat dicontohi pihak berkuasa tempatan (PBT) lain.

Artikel Berkaitan:

"MPAJ terbaik, harap kekalkan dan bagi contoh PBT-PBT di negeri lain juga," katanya.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan konsep ganjaran diberikan kepada pemberi maklumat.

"Letak papan tanda.. aduan cop parking ambil gambar.. buat laporan dapat sagu hati," kata Abd Razak Abdul Mutaleb.

Antara barangan yang disita menerusi ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.
Antara barangan yang disita menerusi ops sitaan halangan MPAJ pada Rabu.

Seorang lagi pengguna media sosial, Muhammad Shafiq Shaharuddin memohon MPAJ membuat operasi sama di pangsapuri Pandan Mewah yang didakwa turut melakukan kegiatan cop parkir.

" Tolong buat operasi sekali dekat pangsapuri Pandan Mewah belakang hospital. Orang cop parking, sampai tiga lot dia punya saja," tulisnya.