SME Corp rangkul dua anugerah

Rizal (dua dari kiri) menerima anugerah BrandLaurette SMEs BestBrand Awards 2022 on Strategic Business Partner daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (tiga dari kiri) pada majlis tersebut, 2 Jun lepas.
Rizal (dua dari kiri) menerima anugerah BrandLaurette SMEs BestBrand Awards 2022 on Strategic Business Partner daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (tiga dari kiri) pada majlis tersebut, 2 Jun lepas.
A
A
A

SHAH ALAM - SME Corporation Malaysia (SME Corp) berjaya merangkul dua anugerah iaitu Special Recognition Award dan The BrandLaurette SMEs BestBrand Awards 2022: Strategic Business Partner, baru- baru ini.

Kedua-dua anugerah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp, Rizal Nainy.

SME Corp dalam satu kenyataan berkata, anugerah Special Recognition Award diterima pada majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-50 elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia, anjuran Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) yang disokong oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), pada 30 Mei lalu.

“Anugerah The BrandLaurette SMEs BestBrand Awards 2022: Strategic Business Partner pula diterima pada 2 Jun lepas," jelas kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, anugerah itu telah mengiktiraf jenama yang kukuh dan berdaya tahan setelah menghadapi pandemik Covid-19 dan mampu meningkat untuk terus membina perniagaan serta jenama mereka.

“Kedua-dua anugerah ini didedikasikan kepada pencapaian pengurusan dan kakitangan SME Corp sekali gus mendorong mereka untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME),” kata kenyataan itu.