Mesir pecat Galal

Galal dipecat selepas dikatakan menampilkan aksi hambar ketika mengendalikan pasukan Mesir.
Galal dipecat selepas dikatakan menampilkan aksi hambar ketika mengendalikan pasukan Mesir.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Mesir (EFA) memecat Ehab Galal sebagai jurulatih pasukan bola sepak negara itu kurang dua bulan selepas dilantik bagi menggantikan Carlos Queiroz.

Pegawai Persekutuan Bolasepak Mesir, Hazem Emam dalam sidang media di Kaherah memberitahu, keputusan tersebut dibuat selepas Galal gagal mencipta keputusan positif sepanjang mengendalikan skuad The Pharaoh.

“Beberapa jurulatih luar kini dalam pertimbangan bagi mengemudi skuad kebangsaan. Rundingan akan berlangsung dalam masa terdekat.

“Pada masa sama, kami berterima kasih kepada Galal yang bekerja keras menguruskan pasukan ini.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Galal kerana kami merasakan perubahan perlu dilakukan,” katanya.

Untuk rekod, Galal, 54, dilantik pada April lalu selepas Queiroz meninggalkan The Pharaohs kerana kegagalan pasukan itu untuk layak ke Piala Dunia di Qatar hujung tahun ini.

Galal memulakan tugasannya bersama pasukan Mesir dengan langkah kanan apabila menang 1-0 ke atas Guinea dalam kelayakan Piala Negara-Negara Afrika sebelum pasukannya tewas 2-0 kepada Ethiopia.

Perlawanan terakhirnya sebagai pengurus ialah pasukan Mesir tewas 4-1 menentang Korea Selatan di tempat lawan dalam aksi persahabatan pada Selasa.