Los Angeles antara 16 bandar anjur Piala Dunia 2026

Infantino ketika sidang media mengumumkan 16 bandar yang akan menganjurkan Piala Dunia 2026. - Foto AFP
Infantino ketika sidang media mengumumkan 16 bandar yang akan menganjurkan Piala Dunia 2026. - Foto AFP
A
A
A

PRESIDEN FIFA, Gianni Infantino menjangkakan bola sepak menjadi sukan terbesar di benua Amerika Utara menjelang Piala Dunia 2026 apabila bandar tuan rumah untuk kejohanan itu di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico diumumkan pada Khamis.

Badan induk bola sepak dunia itu mengumumkan 16 bandar bakal menjadi penganjur dengan 11 daripadanya adalah di Amerika Syarikat, tiga di Mexico dan dua di Kanada.

Bagaimanapun, setakat ini FIFA masih belum mengumumkan bandar yang akan menjadi hos perlawanan pembukaan atau perlawanan akhir kejohanan tersebut.

“Menjelang 2026 bola sepak atau bola sepak akan menjadi sukan nombor satu di bahagian dunia ini.

“Ketika ini masih terdapat perbincangan yang perlu dilakukan untuk memilih bandar terbaik untuk diadakan perlawanan pembukaan dan penutup.

“Bagaimanapun saya yakin setiap perlawanan pada edisi kali ini seolah perlawanan akhir Piala Dunia,”katanya.

Untuk rekod, Piala Dunia 2026 bakal menyaksikan penyertaan 48 pasukan buat kali pertama dengan tiga negara menjadi penganjur bersama buat julung kalinya.

Mexico menjadi negara pertama menganjurkan Piala Dunia sebanyak tiga kali selepas Piala Dunia 1970 dan 1986 manakala Kanada pula mencipta sejarah kali pertama menjadi penganjur.