X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Hidupkan semula tempat-tempat ikonik di Kuala Lumpur

Merak Jalanan dapat tahu, ada anak-anak muda yang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Pasar Seni, Tugu Negara atau Muzium Negara.
A
A

SEKITAR tahun 80-an atau 90-an, salah satu tempat yang sering menjadi tumpuan di Kuala Lumpur ialah Kompleks Campbell di Jalan Dang Wangi.

Di situlah berkumpulnya anak-anak muda yang gilakan muzik rock satu ketika dulu.

Selepas munculnya pelbagai pusat beli-belah mega, Kompleks Campbell semakin kurang pengunjung dan hanya tinggal beberapa lot kedai sahaja beroperasi, tenggelam dek peredaran zaman yang turut menyaksikan pengaruh muzik rock juga semakin perlahan.

Bagaimanapun, siapa sangka Kompleks Campbell kembali popular pada minggu lalu apabila kumpulan rock legenda, Search mengadakan konsert di atas bumbung bangunan pusat beli-belah ikonik itu. Sehingga sekarang nama tempat itu terus menjadi sebutan di media sosial.

Malah, generasi muda yang tak tahu kewujudan Kompleks Campbell, mula mencari lokasi pusat beli-belah itu.

Merak Jalanan bukan nak bercerita pasal konsert rock, tetapi apa yang Merak Jalanan terfikir ialah usaha mereka menghidupkan semula tempat tersebut.

Merak Jalanan terfikir, bagus juga kalau ada usaha menghidupkan semula tempat-tempat ikonik lain seperti Pasar Seni yang popular satu ketika dahulu.

Merak Jalanan masih ingat, kalau ikut bas rombongan ke Kuala Lumpur, tak sah kalau tidak singgah Pasar Seni.

Di ibu negara sebenarnya banyak tempat ikonik yang semakin dilupakan.

Kalau sebut Kuala Lumpur, orang akan lebih tertumpu kepada KLCC atau paling tidak, pusat beli-belah Pavilion. Tidak lagi terbayangkan Tugu Negara atau Muzium Negara.

Malah, Merak Jalanan dapat tahu, ada anak-anak muda yang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Pasar Seni, Tugu Negara atau Muzium Negara.

Mungkin pihak terlibat boleh memikirkan sesuatu program bagi menghidupkan semula tempat-tempat di ibu negara yang semakin terpinggir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!