Kedudukan Kiev dalam rundingan dengan Rusia lemah

Pencerobohan Rusia di Ukraine. - Gambar hiasan/ AFP
Pencerobohan Rusia di Ukraine. - Gambar hiasan/ AFP
A
A
A

WASHINGTON - Anggota rundingan damai krisis Ukraine-Russia, Davyd Arakhamia, menyifatkan kedudukan Kiev dalam rundingan yang kini tergendala, sebenarnya agak lemah, lapor Sputnik.

"Kedudukan rundingan sebenarnya agak lemah, jadi kita tidak mahu duduk di meja rundingan jika kita berada di kedudukan itu. Kita perlu menukarkannya kepada beberapa perkara,” kata Arakhamia.

Beliau berkata meskipun rundingan dihentikan, delegasi Ukraine mengadakan perbincangan telefon dengan pihak Rusia sekali atau dua kali seminggu.

"Kedua-dua pihak jelas menyedari bahawa pada masa ini, tiada tempat untuk mereka berunding," kata Arakhamia.

Beliau berkata, Ukraine kehilangan sehingga 1,000 pejuang kerana terbunuh atau cedera setiap hari di wilayah Donbas, lokasi tentera Rusia sedang mara.

Menurut Arahamia, Ukraine telah merekrut satu juta pejuang dan mempunyai keupayaan untuk merekrut dua juta lagi.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari. Kedua-dua negara telah mengadakan beberapa pusingan rundingan sejak itu tetapi gagal mencapai sebarang kesepakatan. - Bernama