Mesin jual air berlesen dijamin bersih, selamat

Lay Ming menunjukkan mesin jual air di kaki lima premis di Taman Bercham Baru yang mempunyai lesen, selamat untuk digunakan oleh pengguna.
Lay Ming menunjukkan mesin jual air di kaki lima premis di Taman Bercham Baru yang mempunyai lesen, selamat untuk digunakan oleh pengguna.
A
A
A

BERCHAM - Pengguna disarankan untuk memilih mesin jual air di kaki lima premis yang mempunyai lesen dikeluarkan Kementerian Kesihatan agar selamat diminum.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, statistik menunjukkan 61 daripada 860 mesin di seluruh negeri yang mempunyai lesen manakala, 119 masih dalam proses kelulusan.

"Pengguna perlu bijak dengan memilih mesin mempunyai lesen sah kerana ia dijamin bersih dan selamat oleh kementerian di bawah Peraturan 360C(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Air daripada mesin hendaklah melalui proses penurasan, osmosis songsang, penyulingan, pengionan atau proses yang setara serta penyahjangkitan bagi memastikan air tersebut dirawat bersih dan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan pada Operasi Penguatkuasaan Mesin Jual Air di Taman Bercham Baru di sini, hari ini.

Contoh lesen yang dikeluarkan oleh KKM kepada pemilik atau pengendali mesin yang dijamin selamat dan bersih.
Contoh lesen yang dikeluarkan oleh KKM kepada pemilik atau pengendali mesin yang dijamin selamat dan bersih.

Menurutnya, pemilik atau pengendali mesin itu diberi tempoh selama dua minggu untuk memohon lesen sebelum tindakan penguatkuasaan termasuk kompaun dikeluarkan terhadap mereka.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya gagal, tindakan pengeluaran notis Seksyen 32B Akta Makanan 1983, disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kesedaran masih lagi rendah, kita mahu pemilik mesin jual air ini supaya memohon lesen agar kita boleh memantau cara mesin beroperasi dengan betul selain mengekalkan sanitasi dan bebas daripada kotoran," katanya.