Madu lebah hutan

No Image Caption
A
A
A
Khairul Anuar, 30, membantu ibunya, Mariam Abu, 70, menjual madu lebah hutan, di gerai “Madu Wan Kuala Pilah” di Kg Gemetir, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Ibunya berniaga madu sejak tahun 1980an. Madu berkenaan menjadi pilihan penggemar madu sekitar Negeri Sembilan di mana gerai itu dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Harga sebotol besar dijual pada RM120 manakala bototl kecil dijual pada harga RM60.

Bekalan madu atau “nesan lobah” mengikut loghat Negeri Sembilan, diperolehinya daripada orang kampung sekitar yang mencari madu di hutan-hutan.

Tiga jenis madu iaitu madu hutan asli, madu tualang serta madu Royal Jelly dijual di gerai tesebut.

Madu sememangnya mempunyai banyak khasiat, antaranya melegakan asma dan batuk serta baik untuk kesihatan secara amnya.

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

The Largest Orange Cats Gathering

No Image Caption
GALERI

Gerai basikal Apam Balik

No Image Caption
GALERI

Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

No Image Caption
GALERI

Kompleks Imam al-Bukhari